Doa Akhir Tahun Hijrah (1445H) Dibaca Sebelum Masuk Waktu Maghrib (Akhir Waktu Asar Atau Selepas Solat Asar) Pada 29 Zulhijjah 1445H Bersamaan 6 Julai 2024M



“Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi ALLAH Tuhan pemerintah seluruh Alam. ALLAH S.W.T menurunkan rahmat dan kesejahteraanNYA ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W ke atas keluarganya dan sahabat handainya sekalian.

 Ya ALLAH apa yang aku kerjakan pada tahun ini daripada perkara yang Engkau tegah, aku tidak bertaubat daripadanya dan Engkau tidak meredhainya, dan Engkau tidak melupainya, dan Engkau tidak memarahi aku sedangkan Engkau berkuasa menyeksa akan aku, dan Engkau memerintahkan aku untuk bertaubat setelah aku.

Berani melakukan maksiat terhadapmu, maka kau memohon keampunan kepadaMU. Ampunilah akan aku daripada yang aku lakukan padanya. Daripada perkara yang Engkau redha dan Engkau menjanjikan untuk memberi pahala. Oleh itu, aku pohonlah daripadaMU.

Ya ALLAH, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, wahai Tuah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, Engkau terimalah dariku, jangan Engkau putuskan harapanku terhadapMU, wahai Tuhan Yang Maha Mulia.

ALLAH S.W.T telah menurunkan rahmat dan kesejahteraanNya ke atas pengulu kami Nabi Muhammad S.A.W keatas keluarganya dan sahabatnya kesemua. Segala puji bagi ALLAH S.W.T Tuhan pemerintah alam.”


Post a Comment

1 Comments