Tarikh 30 Jun 2024 Tuntutan Akhir Mysalam Ini Caranya Untuk Mendaftar



Sila ambil maklum bahawa pihak mySalam akan memuktamadkan semua tuntutan untuk Manfaat Hospitalisasi dan Penyakit Kritikal bagi peserta yang layak di antara tahun 2019 hingga 2023.


Sila muat naik dokumen tuntutan baru ke portal mySalam selewat-lewatnya pada 30 Jun 2024.

Apa itu mySalam?

mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

📌 Skim @mysalamb40 merupakan Perlindungan Takaful Percuma oleh Kerajaan dibawah Kementerian Kewangan @mof_malaysia dan dikendalikan oleh @GreatEasternTakaful

Semua urusan tuntutan iaitu penghantaran, kemaskini dokumen & kemaskini nombor akaun akan ditutup.

Jom kongsikan maklumat ini kepada keluarga dan masyarakat.

jom tambah ilmu mengenai info mySalam 

Apakah manfaat yang diperoleh melalui skim ini ?


Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.

Siapakah yang layak untuk mySalam?

Penerima mySalam adalah individu yang menerima bantuan program khas kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Kelayakan mySalam akan dimaklumkan secara berperingkat kepada penerima mySalam. Pengumuman kelayakan akan dikongsi melalui kiriman SMS ke nombor telefon yang dikemaskini dalam program-program yang didaftar oleh penerima seperti yang disebut di atas.


Adakah penerima bantuan Sara Hidup (BSH) kategori bujang layak untuk mySalam?

Di bawah peluasan skim mySalam seperti yang diumumkan melalui Belanjawan 2020, penerima Bantuan Sara Hidup kategori Bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM 24,000 setahun, adalah layak untuk menerima perlindungan yang ditawarkan melalui skim mySalam.

Berikut adalah di dalam kategori Bujang:

- Penerima Bantuan Khas Kerajaan yang merupakan ibu/bapa tunggal (atas sebab perceraian atau kematian pasangan) dan mempunyai anak.
- Penerima Bantuan Khas Kerajaan yang tidak pernah berkahwin
- Penerima Bantuan Khas Kerajaan yang berstatus duda/ janda dan tidak mempunyai anak.

Bermula 2022, perlindungan mySalam telah diperluaskan bagi meliputi penerima Bantuan Khas Kerajaan yang berumur 18 hingga 65 tahun, dan status perkahwinan bujang.

Sekiranya anda atau ahli keluarga adalah berstatus bujang dan masih belum memohon/ menerima Bantuan Khas Kerajaan, kami mengesyorkan anda untuk mendaftar sebagai penerima Bantuan Khas Kerajaan di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN) yang berdekatan dengan anda, untuk menerima manfaat yang ditawarkan skim mySalam.


Bilakah kuatkuasa tarikh perlindungan ?

Perlindungan mySalam untuk golongan B40 telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2019. Perluasan perlindungan mySalam berkuatkuasa 1 Januari 2020.

Siapakah pengendali skim perlindungan mySalam?

Sebagai permulaan, Skim ini akan dikendalikan oleh Great Eastern Takaful Berhad, yang merupakan sebuah pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).


Pengendali-pengendali takaful lain mungkin akan dilantik untuk mengendali Skim ini pada masa hadapan.


Adakah skim ini patuh syariah?

Ya, mySalam ialah skim patuh-Syariah kerana produk ini adalah produk takaful yang diuruskan mengikut prinsip-prinsip Syariah.

Berapakah yang perlu saya bayar untuk perlindungan mySalam?

Perlindungan mySalam diberikan secara percuma.

Bagaimanakah cara saya untuk mendapatkan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal mySalam?



Lupa Kata Laluan & Penetapan Soalan Rahsia

1. Tekan Lupa Kata Laluan



2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan


3. Sahkan No. Telefon. Sekiranya No. Telefon yang digunakan adalah tepat dan digunakan oleh Pengguna, tekan Ya, hantar SMS. Kata laluan sementara akan dihantar secara SMS kepada No. telefon pengguna. Pengguna boleh log masuk mengunakan kata laluan sementara yang diberikan.

Sekiranya No. Telefon yang dipaparkan adalah tidak tepat dan/ atau sudah tidak digunakan Pengguna, tekan Tidak, bukan nombor telefon saya.




4. Isi maklumat yang diperlukan. Maklumat adalah seperti yang telah dikemaskini dari data LHDN/ maklumat terkini seperti yang dikemaskini oleh pengguna. Ruang yang perlu diisikan adalah Poskod, Negeri, & Jantina. Pengguna perlu mengisi karakter Captcha yang dipaparkan, sebelum menekan butang Hantar.



5. Sistem akan mengarahkan pengguna untuk mengaturkan kata laluan sementara. Pengguna boleh log masuk menggunakan kata laluan sementara yang telah disetkan.





Setelah log masuk, pengguna akan diminta untuk melengkapkan maklumat berikut. Setelah menekan Hantar, maklumat akan disimpan. Maklumat yang disimpan adalah sensitif huruf besar/kecil, jarak, simbol & tidak boleh diubah setelah disetkan.

  • No Telefon Bimbit
  • Kata Laluan Baru
  • Taip Semula Kata Laluan Baru
  • Apakah kenderaan pertama anda?
  • Negeri manakah anda membesar?
  • Apakah makanan kegemaran anda?
  • Apakah nama ibu anda sebelum berkahwin?




7. Pengguna akan dibawa ke laman utama.







Sekiranya tiada permintaan susulan untuk set semula kata laluan, proses akan berakhir disini. Namun sekiranya pengguna terlupa kata laluan yang telah disetkan pada Langkah 6, teruskan dengan Langkah 8.


Nota: Sekiranya terdapat salah satu jawapan yang tidak tepat (sebagai contoh, jawapan sebenar bagi soalan "Negeri manakah anda membesar?" adalah "Perlis" namun jawapan yang dilengkapkan adalah "perlis", pengesahan akan tidak berjaya dan pengguna menerima catatan seperti dibawah. Pengguna boleh cuba untuk menjawab soalan pengesahan sekali lagi, atau hubungi pusat khidmat pelanggan kami di 1-300-88-8938 untuk bantuan set semula kata laluan.



10. Sekiranya soalan rahsia berjaya dijawab dengan tepat, sistem akan meminta pengguna untuk mengaturkan/ set kata laluan baharu. Pengguna boleh log masuk menggunakan kata laluan baharu tersebut dan log masuk menggunakan kata laluan sementara yang telah disetkan.


11. Pengguna akan diminta untuk melengkapkan maklumat berikut. Setelah menekan butang Hantar, maklumat akan disimpan.

  • No Telefon Bimbit
  • Kata Laluan Baru
  • Taip Semula Kata Laluan Baru


12. Pengguna akan dibawa ke laman utama.



Ya. Tuntutan untuk manfaat Hospitalisasi atau Penyakit Kritikal dibuka sehingga 30 Jun 2024, dengan syarat tarikh kemasukan ke hospital atau diagnosis penyakit kritikal berlaku semasa tempoh kelayakan (2019 hingga 2023).

Sebagai contoh, Encik Azman layak mendapat mySalam sejak 2019. Beliau disahkan menghidap penyakit kritikal (kanser) pada 2021. Dengan mengandaikan bahawa beliau tidak pernah mengemukakan tuntutan kepada mySalam sebelum ini, Encik Azman masih boleh mengemukakan tuntutan sehingga tarikh akhir pada 30 Jun 2024, dengan melog masuk ke portal mySalam untuk memuat naik dokumen.

Tuntutan yang dikemukakan selepas 30 Jun 2024 tidak akan dilayan.













Post a Comment

0 Comments