Sungguh menakjubkan. Itu antara kata yang boleh diungkapkan untuk menggambarkan betapa kagumnya kami terhadap para peniaga bergelar usahawan. Mereka mampu untuk mengejar impian yang tidak disangka-sangka. Bukan setakat itu sahaja, mereka juga banyak memberi kesan kepada ekonomi negara dan juga memanfaatkan ramai masyarakat dan pengguna di Malaysia.

Pada kali ini kami akan kongsikan pada anda usahawan baju kurung, iaitu dua buah syarikat yang hanya bermula dengan menjual baju kurung sahaja. Dengan idea kreatif dan momentum yang padu, mereka telah berjaya membina syarikat dan jenama mereka dengan gah di dalam Malaysia. Siapa kata jual baju kurung tak boleh kaya dan berjaya?

“Sebaik-baik manusia adalah mereka yang dapat memberi manfaat untuk orang lain.” – HR Ibn Hibban

Apa yang membanggakan, mereka tidak hanya fokus untuk kepentingan sendiri sahaja. Itulah kunci kepada kejayaan yang mereka nikmati sekarang.

Mungkin ada antara anda telah mengenali individu-individu hebat ini. Jenama mereka menjadi buah mulut ramai dan mempunyai penggemarnya yang tersendiri di dalam Malaysia. Jadi jom kita kenali usahawan baju kurung ini dengan lebih dekat lagi.

1. Hasnuri Sdn Bhd

Hasnuri adalah nama yang tidak asing lagi bagi penggemar baju kurung di Malaysia. 7/10 rakyat Malaysia pasti sudah memiliki koleksi keluaran mereka. Apa yang menarik disebalik kisah tertubuhnya ‘Hasnuri Sdn Bhd’ adalah pada pengasasnya sendiri selaku CEO iaitu Encik Hasbullah awang dan isteri beliau, Nuriah Zakaria.

Kisah bagaimana mereka memulakan perniagaan pada ketika dahulu pasti akan memberikan buat hati pembaca. Mana tidaknya, seorang bekas guru sekolah dan suri rumah telah mengambil keputusan untuk meninggalkan karier demi memberikan perhati buat keluarga dan bisnes. Kini mereka berdua telah buktikan mereka telah berjaya.

Melihat kesungguhan dan semangat yang tinggi pada pasangan suami ini memberikan pengajaran yang berharga buat para peniaga di luar sana yang baru mahu mulakan bisnes.

Mereka tidak malu untuk berkongsi apabila ditanya tentang pengalaman mereka. Salah satu yang menarik perhatian kami adalah apabila mereka menceritakan bagaimana mindset mereka dahulu yang berniaga hanya bergantung kepada ‘nasib’.

Sudah tentu sebagai peniaga, banyak cabaran dan kesilapan lalu yang pernah mereka lakukan. Tapi, itu tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menuntut ilmu dan mencari mentor yang boleh membimbing mereka. Mereka percaya, dari setiap dugaan dan kegagalan yang ditempuhi pasti akan ada sinar yang menanti.

Selepas dibimbing dan sentiasa berada di dalam persekitaran yang positif Hasnuri bangkit dan berjaya menghasilkan jualan sebanyak RM4 juta pada tahun 2018. Setahun seterusnya, jualan mereka telah meningkat dengan mendadak sehingga mencecah RM21 juta!

Dengan azam yang tinggi dan semangat tidak putus asa yang tertanam di dalam diri, pada 2020 Hasnuri telah berjaya mencapai rekod jualan sebanyak RM40.5 juta setahun. Bayangkan, dengan hanya menjual baju kurung sahaja mereka boleh cipta rekod ini.

kredit : https://richworks.com/unsung-hero-usahawan-baju-kurung-berjaya-ubah-hidup/

Leave a Reply

Your email address will not be published.