Doa Bulan Rejab dan Kelebihannya

Doa Bulan Rejab dan Kelebihannya

Bulan Rejab merupakan antara bulan-bulan yang mulia kerana ia merupakan bulan untuk mempersiapkan diri menempuh bulan Ramadhan yang akan datang.

Rejab juga bermaksud membesarkan atau mengagungkan. Selain itu, ia dinamakan bulan Rejab kerana mereka mengagungkan bulan ini ketika zaman al-Jahiliyyah dengan meninggalkan peperangan padanya.

Di samping itu, Rejab merupakan bulan ke tujuh daripada Tahun Hijri dan ia merupakan antara bulan Haram selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah yang diharamkan peperangan atau pembunuhan padanya.

Amalan-Amalan Yang Digalakkan Pada Bulan Rejab. Antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Rejab ini adalah dan amalan-amalan ini bersifat umam adalah:

  • Berpuasa
  • Memperbanyakkan bersedekah
  • Memperbanyakkan membaca al-Qur’an
  • Memperbanyakkan berzikir
  • Memperbanyakkan solat-solat sunat

Terdapat lima malam, yang tidak ditolak doa padanya, iaitu malam Jumaat, malam pertama bulan Rejab, malam nisfu Sya’ban, malam Hari Raya Fitri dan malam Hari Raya Adha.’” (‘Abd al-Razzaq, al-Musannif, jil. 4, hlm. 317) Imam al-Syafi’i berkata, “Telah sampai kepada kami khabar yang mengatakan bahawa doa akan dimakbul pada lima malam: malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, malam pertama bulan Rejab, dan malam nisfu Sya’ban

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *